September 05, 2017

cerita kehidupan

kehidupan,
tempoh waktunya sangat singkat. 
menjadi perantara kelahiran dan juga kematian.
waktu dimana ramai hamba lalai mengenal tuhan.
ujian demi ujian diberi sebagai peringatan, namun apa yg dibalas hanyalah cacian.
"apa salah aku sampai berat skali ujian"
tidak pernah terdekit sedikit kesyukuran.
"alhamdulillah, Allah masih sanggup beri peringatan".
 
kehidupan, 
waktu dimana ramai org dalam kerugian.
dalam hadis menyebut, manusia itu rugi akan dua perkara. masa muda nya dan juga masa sihatnya. 
sebab itu Allah berpesan dalam Alquran, 
berpesan pesan dengan kebaikan, berpesan pesan dengan kesabaran.
lumrah manusia selalu lupa.

kehidupan,
tempat dimana ramai makhluk gagal membuat pilihan.
kejarkan syurga dunia sampai lupa kehidupan selepas kematian. 
kejarkan kebahagian dan keseronokan, 
hinggakan lupa tingkatkan amalan. 
syaitan dan nafsu menjadi teman, 
menjadi pendorong, penggalak kejahatan.

ingatlah teman, rakan dan taulan.
kehidupan sebenar ialah kehidupan selepas kematian. 
semat dalam hati, dunia hanyalah persinggahan. 
taubatlah sementara masih berkesempatan. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...