October 23, 2013

IMPIAN ATAU ANGAN-ANGAN

hi, kita jumpa lagi.. agak lama juga ye aku menyepi.. bukan takde idea. tapi tak berkesempatan lagi nk curi masa conteng blog sendiri. so, as time passing by, memories comes along. banyak jugak yg kejadian2 menarik yg boleh dijadikan tauladan, yg bole dijadikan cerita utk anak-anak di masa hadapan. hihi. macam da nk kawen plak bunyi nya. awal lg, hidup kemana lagi ni nak pikir kan kawen. haishh.. menakutkan la kawen ni. oke2, stop pasal kawen. go to main issue, keinginan dan kemahuan. idaman mahu pun impian. cita-cita atau sekadar angan-angan.

aku yakin, setiap org ade masa depan yg dia rancang. masa depan yg dia bayangkan, sebelum tido, masa tgh mengelamun. masing- masing nk berjaya dalam hidup. so do i. i've read a book tittle "ten law of success". buku dia simple tp isi dia mendalam. first law tu dia kata, setiap kejayaan bermula dengan sebuah impian. haa, can u guys see what i see? bermula dengan sebuah IMPIAN. so, org yg xde impian ni, ssh nk berjaya. bukan kata mereka tak kan berjaya. tapi, cuba kita renung balik dalam2 ape penulis buku tu kata. impian bukan sekadar impian, tapi impian ni sebagai matlamat. akhir usaha kita, kita nk dapat apa yg kita kejar kn. aku bagi contoh yang senang. cuba kita bayangkan, kita tgh jalan2 kt taman satu ni, kita nampak pokok, nmpk mcm susah nk panjat sbb pokok ni tggi. kita pn x cuba nk naik. satu hari tu, kita jalan kt taman, pastu kena kejar anjing. kita lari smpi la kita lalu kt tmpt yg ade pokok tu. satu cara nk selamat dr anjing tu, kita panjat pokok tu. kita cuba je, tahu-tahu kita dah bole panjat. niat kita, matlamat kita, impian kita nk selamat dari anjing tu la yg menyebabkan kita bole panjat pokok tu. tak salah pn nk ada impian. start skang, kita tanam kan ape yg kita nak, ape main goal kita dalam kehidupan. target kita, nak ade kereta besar, porsche, lamborghini, ape semua tu, semat dlm hati. yakin suatu hari nnt kita dpt. setiap hari kita bayangkan ape yg kita nak. 

satu lagi contoh la, mama saya sendiri. 10 tahun lepas, dia tanam niat nak beli bmw. setiap hari dia tgk bmw lalu, dia msti semangat, satu hari dia mesti pakai. tapi jangka masa 10 tu bukan kejap. kesabaran, kecekalan kita tu penting. alhamdulillah, dia skang da ade bmw. aku lg la tumpang gembira dpt tumpang bmw dia. positive thinking penting tau dlm nk capai cita-cita atau impian ni. cuba la kata, 5 tahun lepas impikan bmw ni, mama give up. i can confirm that she won't drive what she is driving now. selagi kita percaya ape yg kita nk kita boleh dapat, selagi tu kita ade peluang utk dapat kn nya. 

impian atau cita-cita yg tertanam tu, seharusnya bukan impian semata-mata. haruslah seiring dengan usaha jugak. impian tanpa usaha ni da bole dikategorikan sebagai angan-angan mat jenin. kalau dengan berangan semata-semata, bole buat impian kita tercapai. happy semua org atas dunia. takde masalah orang hidup atas dunia ni. imbas kembali ade kata satu ustaz ni, tgk cerita tanyalah ustaz, rezeki Allah tu ade kt mana-mana. dia ckp rezeki tu mmg ade kat mana-mana. tp Allah nk tgk kita usaha utk dapatkan nya. paham, rezeki kita nk penuhi impian kita tu ade selagi kita yakin, sentiasa berdoa, usaha gigih utk mencapainya. oke, kalau kata kita impikan sesuatu, tapi kita tak tau usaha mcm mana. kita cuba apa-apa yg bole tlg kita penuhi impian. kita amek kisah owner asal kfc, the one behind kfc yg skarang. lps dia pencen, dia xtau nk buat apa. apa yg dia tau, masak ayam. so, dia amek peluang dia cari funder nk buka restoran sama-sama guna resepi dia. yg pasti cubaan pertama dia gagal. kedua gagal. cubaan yg ke berapa ratus, berapa ribu baru ade org nk fund dia buka restoran. nmpk tak, dia ade IMPIAN utk terus hidup senang walau lps pencen.dia nampak PELUANG dia dengan resepi ayam dia. dia USAHA gigih smpi beratus-ratus kali minta tolong, org ade yg nak fund. dia trus usaha sbb dia YAKIN yg dia bole buat. 

hmm, macam dah panjang sgt je.. nnt cita lain plak. nk tanye sila lah. jangan malu, jangan segan. kongsi ilmu skit dengan rakan2.nk tulis panjang takut bosan plak.. adiiiooosssssss


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...