July 11, 2014

luahan hati seorang pendosa

assalamualaikum

sungguh, lama dah tak menulis kat blog yg tak seberapa ni. bukan cetek dari idea, tapi kurang dari segi masa. tak banyak yg dikongsi kan pun untuk entry kali ni. sekadar nak melepaskan nafsu untuk berbicara. ikutkan hati banyak yang nk diluahkan, tapi, blog terlampau terbuka. 


seringkali aku berbicara mengenai kehidupan, pengalaman, penilaian aku terhadap sesuatu kejadian dari pandangan aku sendiri. entah sebab apa, topik itu aku suka. tapi, jika direnung kembali, bermanfaat ke topik aku kepada masyarakat sekeliling. 


aku sebenarnya masih lagi mencari erti sebenar sebuah kehidupan. hidup sebagai seorang "pendosa tegar" dahulunya, kini mula merangkak perlahan, sangat perlahan, mendekatkan diri sebagai sang pencipta. alangkah rugi nya masa muda aku. tak ramai yg tahu titik titik hitam kehidupan aku, bukan tak mahu bercerita, bukan tak mahu berkongsi, bukan juga tak mahu orang jadikan ia sebagai tauladan,, tapi sungguh aku malu.


andai orang bertanya bagaimana, kenapa hidup aku boleh terpesong, adakah ibu bapa harus disalahkan, mereka mendidik aku sebaiknya. ke tempat agama aku dihantar, ke mekah aku dibawa umrah, haji. ke madarasah aku dihantar untuk mengingat kalam kalam Allah. andai dikata guru yg salah mengajar, alhamdulillah, ramai rakan lain yang berjaya, andai kata sahabat, kawan, teman yang dipersalahkan, ramai juga dari kalangan mereka yang menegur andai diri ini melakukan kesilapan.


ramadhan yang menjadi bulan dimana pintu neraka ditutup, pintu syurga dibuka, alhamdulillah, banyak ibadah mampu dikejar. tapi mampukah amalan ini menampung dosa aku selama ini. mampukah amalan aku istiqamah setelah syawal menjelma. ya muqallibal qulub, tsabbit qalbi a'la dinik wa toa'tik. tetapkanlah hati aku kepada agamamu. 


sebuah hadis ada menyebut, manusia selalunya rugi dalam dua perkara. masa lapang dan kesihatanya. sungguh aku tergolong dalam kalangan itu. alangkah sedikit masa aku mengingatinya ketika aku punyai masa aku kelapangan dan aku sedang sehat. sungguh aku tidak sedar akan kedaifan aku, kelalaian aku, walhal, aku tau janji Allah akan azabnya sesuatu yang pasti.


ya Allah, aku tahu pintu taubatmu sentiasa terbuka, kau ampunilah aku. kau berilah petunjuk agar aku selalu dekat denganmu. jangan la kau golongkan aku dalam golongan yang kau janjikan azab seksa dan neraka kepadanya. 

February 03, 2014

puisi kata hati


Hidup ini tidak berkekalan
Tiada kesempurnaan andai tidak mengenal tuhan
Dikirim kepada kita seorang nabi sebagai pedoman
Al-quran dan sunnah diseru amalkan
Tetapi hiburan tetap menjadi pilihan
Mengharap syurga sebagai balasan
Tetapi diri kosong amalan
Maksiat jadi pegangan
Amanah tidak lagi dititikberatkan
Salahkan si pencipta andai kata tiada kebahagiaan
Diberikan kesenangan terus lupa asal kejadian
Kata seorang pujangga “miskin salahkan tuhan,kaya jadi tuhan”
Alpa dengan dunia sementara,
Tuhan maha kuasa rela dicabar,
Cerita dahulu kala tidak lagi dijadikan tauladan
Bala bencana yang dijanjikan tidak sekali menakutkan
Mana silap,punca kejahatan
Merebak didalam diri tiada berkesudahan
Dimulut kata islam,tetapi hati seringkali menafikan
Kemanisan iman tidak lagi berperisa
Amalan dirasakan sebagai paksaan
Entah kemana hilangnya keikhlasan
Nama dan pangkat yang dikejarkan
Lupa segala apa yang harus diperjuangkan
Taubat sebelum maut dijadikan alasan
Pantang maut sebelum ajal mengukuhkan alasan
Lupa hakikat sebenar kehidupan
Ajal maut di tangan tuhan
Andai kata taubat tiada berkesempatan
Nerakalah tempat yang dijanjikan
Cukupkah amalan buat bekalan
Mampukah berat sebelah kebaikan
Hanya diri mampu memberikan jawapan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...