February 03, 2014

puisi kata hati


Hidup ini tidak berkekalan
Tiada kesempurnaan andai tidak mengenal tuhan
Dikirim kepada kita seorang nabi sebagai pedoman
Al-quran dan sunnah diseru amalkan
Tetapi hiburan tetap menjadi pilihan
Mengharap syurga sebagai balasan
Tetapi diri kosong amalan
Maksiat jadi pegangan
Amanah tidak lagi dititikberatkan
Salahkan si pencipta andai kata tiada kebahagiaan
Diberikan kesenangan terus lupa asal kejadian
Kata seorang pujangga “miskin salahkan tuhan,kaya jadi tuhan”
Alpa dengan dunia sementara,
Tuhan maha kuasa rela dicabar,
Cerita dahulu kala tidak lagi dijadikan tauladan
Bala bencana yang dijanjikan tidak sekali menakutkan
Mana silap,punca kejahatan
Merebak didalam diri tiada berkesudahan
Dimulut kata islam,tetapi hati seringkali menafikan
Kemanisan iman tidak lagi berperisa
Amalan dirasakan sebagai paksaan
Entah kemana hilangnya keikhlasan
Nama dan pangkat yang dikejarkan
Lupa segala apa yang harus diperjuangkan
Taubat sebelum maut dijadikan alasan
Pantang maut sebelum ajal mengukuhkan alasan
Lupa hakikat sebenar kehidupan
Ajal maut di tangan tuhan
Andai kata taubat tiada berkesempatan
Nerakalah tempat yang dijanjikan
Cukupkah amalan buat bekalan
Mampukah berat sebelah kebaikan
Hanya diri mampu memberikan jawapan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...